daripada Abi Mas'ud , Uqbah bin 'Amr al-Anshari al-Badri r.a berkata,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
maksudnya:"sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenali
orang daripada ungkapan kenabian daripada yang pertama adalah:Jika engkau tidak malu,
berbuatlah sekehendakmu"
(Riwayat al-Bukhari,no.3296,5769 dan Abu Daud, no.4796)
- Malu merupakan ajaran yang telah disepakatai oleh para nabi dan tidak terhapus ajarannya.
- Jika seseorang telah meninggalkan rasa malu,maka jangan harap lagi ada kebaikan pada dirinya walau sedikit pun.
- Mali merupakan landasan akhlak mulia dan dan selalu berpaksi kepada kebaikan.(sesiapa yang malunya lebih banyak kebaikannya,dan siapa yang sedikit rasa malunya semakin sedikit kebaikannya)
- Rasa malu merupakan perilaku dan dapat dibentuk.Maka setiap orang yang memiliki tanggungkawap hendaknya memerhatikan bimbingan terhadap mereka yang menjadi tanggungjawabnya.
- Jangan ada rasa malu dalam mengajar hukum-hakam agama serta menuntut ilmu dan kebenaran.(surah al-Ahzab 33:53)
- Antara manfaat rasa malu ialah 'Iffah iaitu menjaga diri daripada perbuatan tercela,dan 'Wafa' iaitu menepati janji.
- Rasa malu merupakan satu cabang iman yang wajib diamalkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan